Mutiara Hati

Tidak semua orang disekeliling kita akan menyukai kita..Begitu juga tidak semua orang disekeliling kita akan kita suka..Adilkan Tuhan??

Thursday, February 4, 2010

Senyum Kambing

Betul gak ayat Mafia Wars nie

"Life's too short to miss out on all the action"..

tp ayat2 lepas tuh dah xleh pkai..huhu..
Sy tggalkan ayat ini utk anda semua pk dan renungkan.
hehe.. =)

Suka Menyukai

"Tidak semua orang disekeliling kita akan menyukai kita..Begitu juga tidak semua orang disekeliling kita akan kita suka..Adilkan Tuhan??"

Haa..bertepatan dgn tema mutiara hati kt atas tuh.Tajuk hari nie suka menyukai.Td ada terbaca kt facebook pasal org tu x ske org nie.Org nie x ske org tuh.Erm..betul kan kata2 mutiara hati kt atas tuh.Xsemua org akan suka kt kita dan xsemua org akan kita suka.Begitu adil ketetapan Allah pd hukum alam manusia.Tp dseblk itu, kita kena la pk kan ttg perkara nie sedlm-dlmnya.Bkn nyer ape,sbg manusia kita mmg ada hak untuk suka @ xske org lain.Kita kena pk, seramai mana pon org yg kita xske, mungkin ramai lg org yg xske pd kita.

Sebenarnya,seingat sy ada sorg ustaz penah bg tau, kita xde hak nk benci seseorg itu.Kita cuma punya hak nk benci perangai org itu.Maksudnya disini,sebenarnya yg kita xske tu adalah perangai seseorg dan kita hanya patut membenci perangai org itu.Dan x patut klau kita benci org itu.Sbg contoh,katakan la ada sorg pelacur.Kita x patut benci pelacur itu bahkan harus bg kita untuk membawa pelacur itu kembali ke panggal jln.Sebaliknya wajib bg kita untuk membenci tindakan pelacur itu melacurkan diri dan wajib bg kita menghindari diri dr melakukan perkara yg sama.So, harap kita dpt memikirkan perkara ini sebaik mgkin sbg panduan utk kita bersama.

Then lps nie, klau nk benci org pk lah baik2.Nk benci org tuh ker @ nk benci perangai dia.Klau molek, tegur lah org tu supaya dia berubah dan kita x trjebak dlm situasi benci membenci.Perkara yg x baik jgn diikut.Kelak menjd duri dlm hati.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..(pinjam jer kata2 nie)
=)

Wednesday, February 3, 2010

Kisah tragis seorg KAKAK..

Kisah nie adalah kisah benar yg terjadi kpd seorg perempuan yg bergelar kakak. Perkara yg amat menyedihkan dan menyentuh hati yg telah diceritakan kpd sy. Sy menulis kerna mahu menjdkan kisah ini sebagai tauladan kepada kita semua. Bacalah dgn nama Tuhanmu dan ambil lah iktibar.

Seorg wanita berusia lewat 30an adalah seorg kakak atau ank sulung kpd sebuah keluarga. Kini kakak ini telah berkahwin hampir 6 tahun dan mempunyai 3 org ank. Kisah sedia kakak bermula sejak dia dilahirkan lg. Bagaimana kisah sedih kakak bermula ikuti kisah ini.

Ayah kakak sgt gembira bila dpt tahu yg ibu kakak mengandung. Apatah lg ibu kakak mengandungkan kakak, iaitu ank pertama atau sulung. Ayah kakak sgt mengharapkan ank pertamanya adalah lelaki, namun apabila kakak lahir kedunia ternyata kakak adalah sorg bayi perempuan. Ayah kakak ttp menerima walaupon sgt kecewa dgn kelahiran kakak. Ibu kakak tidak kisah sama ada ank perempuan atau lelaki. Kakak dibesarkan dgn penuh kasih syg oleh ibu dan ayah kakak. Apatah lg nasib kakak sgt beruntung apabila kakak merupakan cucu sulung atuk dan nenek. Dan kakak sgt manja dgn atuk sehinggakan tiada siapa boleh memukul kakak atau membiarkan kakak menangis termasuk nenek, ibu mahupon ayah kakak.

Selang setahun, ibu kakak mengandung lg. Kakak sgt gembira apabila dberitau akn mndpt adik. Pada saat kelahiran, ayah kakak sgt gembira kerana mendapat ank lelaki. Maka bermulalah episod sedih buat kakak. Ayah kakak mula berubah dgn adanya adik lelaki kakak. Kakak sudah mula tidak dilayani dgn baik dan disuruh menjaga adik baik2. Ketika itu, keluarga ini tlah mempunyai rumah sendiri dan tidak lg tggal brsama atuk dan nenek. Bertambah lg nasib malang kakak. Saban hari kakak dimarahi jika adik menangis. Kakak dipukul jika adik menangis dan dipersalahkan walaupon kesalahan itu dilakukan oleh adik. Adik dijaga ayah bagai menatang minyak yg penuh. Tidak dipukul, tidak dimarah malah dimanjakan.

Bahkan suatu ketika adik yg memulakan pergaduhan dgn kakak. Adik pula menuduh kakak yg memulakannya, maka kakak dipukul dan dimarahi. Kata2 kakak tidak dipeduli dan adik lebih dipercayai. Saban hari perkara ini berulang sehingga lah kakak dewasa. Keadaan yg sama tetap berlaku walaupon ketika itu kakak telah pon mempunyai seramai 4 org adik beradik termasuk kakak. Kerna sikap ayah yg bergitu, kakak sgt kecewa. Kakak mengambil keputusan untuk berhijrah keluar apabila tamat tgkatan 5. Maka kakak telah melanjutkan pelajaran ke salah sebuah kolej di negeri y dalam bidang Sains Komputer. Maka episod sedih kakak terubat seketika ketika kakak berjauhan dr keluarga. Namun bila kakak pulang bercuti, episod sedih itu akn berulang kembali. Hati kakak sgt kecewa dan tidak dpt menerima keadaan ini. Kerana masalah kolej, kakak berpindah ke kolej lain di negeri x. Ketika itu kakak mula merasakan ketenangan dan jrg pulang rumah. Tiba2 kakak dikejutkan apabila terjumpa sesuatu yg menyentap hati kakak. Apa yg kakak jumpa?

Pada sehelai baju kurung kegemaran kakak, ada tertulis sesuatu dalam tulisan jawi. Apabila dibaca, rupa2nya tulisan itu adalah satu kata keramat jampi untuk menjauhkan diri kakak dr Ayah kakak. Kini kakak tau bahawa ibu pula ingin menjauhkan kakak dr ayah dan keluarga. Kakak sedih bila melihat tulisan itu apatah lg tulisan itu tertulis di baju kurung kegemaran kakak. Tidak dsangka ibu kakak sggup melakukan perkara itu kpd kakak. Maka selepas itu, kakak mengambil keputusan utk terus menetap di negeri x dan mencari kerja di sana. Kakak mula tidak percayakan lelaki dan terus hidup dgn keadaan yg sedih. Kakak hanya pulang ke rumah apabila mendapat tahu nenek telah pergi buat selama-lamanya. Namun selepas pengkebumian nenek, kakak terus pulang ke negeri x dgn pelbagai alasan.

Nasib kakak baik apabila berjumpa dgn seorg lelaki yg sgt menyayangi kakak. Akibat pertama kali merasakan kasih syg seorg lelaki, maka kakak sggup berkorban demi kekasihnya. Akibatnya kakak mengandung ank luar nikah. Namun lelaki itu bertanggungjawap dan menikahi kakak. Ayah dan ibu tidak dpt menerima apa yg telah berlaku, walhal perkara itu terjadi kerana sikap mereka. Bermulalah episoh malang kakak sekali lg. Ibu tidak benarkan kakak pulang ke kampung. Bahkan ibu pula canang2 kan yg kakak yg tidak mahu pulang. Ibu gertak kakak dgn mengatakan sekiranya kakak pulang ayah akak menetak kakak dgn parang. Padahal ayah tidak pernah berkata demikian. Bertambah sedih kakak apabila adik kakak yg ke4 menceritakan perkara yg berlaku di kampung. Nasib kakak terubat apabila kakak mempunyai seorg adik yg sgt baik dgn nya. Adik itulah yg selalu menceritakan perkara yg berlaku di kampung kpd kakak.

Suatu hari kakak menelefon ayah. Dia memohon maaf dan meyatakan ingin pulang ke kampung. Ayah juga memohon maaf dgn apa yg tlh berlaku. Namun ibu pula bersikap dingin dgn kakak. Apabila kakak pulang ke kampung, terbongkarlah rahsia ibu ttg apa yg telah dilakukan ibu. Rupa2nya ibulah punca segala kekusutan yg berlaku dlm hidup kakak. Namun kakak diamkan saja. Apapon yg ibu lakukan dia ttp ibu kakak. Namun perkara ini terus berlanjutan. Ibu mula menunjukkan sikap dingin dgn kakak. Sehingga kini ibu x dpt menerima hubungan baik kakak dgn ayah. Ibu pula mula memburuk-burukkn suami kakak dan bermcm2 lg. Kakak sgt sabar dgn ibu dan mengambil sikap tidak peduli.
Sehingga kini kakak masih lg dingin dgn ibu.

Inilah kisah kakak yg sgt menyedihkan. Sepanjang perjalanan hidupnya tidak pernah rasa bahagia hggap lama dlm hidupnya. Apapon yg berlaku, harap kakak byk bersabar dan byk2 berdoa dipermudahkan hidup. Kepada semua, sygi lah ank anda tidak kira siapa mereka. Masih ada ibu yg bersikap demikian kpd anknya. Jadikan kisah ini sbg tauladan kpd kita semua.

Saturday, January 30, 2010

MPP : KUASA POLITIK ATAU WADAH PERJUANGAN

Sebagaimana kita ketahui, MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar adalah pendokong suara mahasiswa untuk dibawa ke pihak atasan. Namun sejauh mana keberkesanan MPP setelah pemimpin silih berganti menerajui tampuk pimpinan MPP. Namun apa yang ingin dibangkitkan disini, apakah MPP itu bertindak sebagai ‘kuasa politik mahasiswa’ atau ‘wadah perjuangan mahasiswa’? Dijelaskan disini, kuasa politik mahasiswa berlaku apabila wujudnya dua kuasa yang berlainan di dalam pemerintahan MPP seperti pro-Mahasiswa (proM) dan pro-Aspirasi (proA). Apa yang dibimbangi ialah ketidaksepahaman kedua-dua kuasa ini bagi menerajui politik mahasiswa. Sebaliknya, wadah perjuangan mahasiswa pula tidak membangkitkan perbezaan kuasa pemerintahan kerana masing2 MPP bertindak sebagai individu namun sebulat suara untuk memperjuangkan suara mahasiswa.
Bagi sesetengah universiti elite di Malaysia memilih kuasa politik lantaran tempias politik Malaysia yang dibawa ke dalam pemerintahan MPP. Apa yang terjadi ialah masalah akan timbul apabila sesuatu perkara ditimbulkan tidak mendapat persefahaman daripada kedua-dua pihak. Keadaan ini menyukarkan lagi suara mahasiswa itu untuk diperjuangkan. Sebaliknya, apabila ahli MPP itu bertindak sebagai individu dan tidak mewakili mana2 kuasa, persefahaman akan lebih mudah terbentuk dan suara mahasiswa itu akan lebih mudah dibawa ke pihak atasan. Apa yang pasti, terpulang pada mahasiswa untuk membentuk dan menilai sejauh mana keberkesanan kedua-dua cara pimpinan ini untuk diterajui.

Friday, January 29, 2010

Siksakah sebuah perubahan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..hari ni bernafas lagi
masih ada kesempatan untuk menulis

baru saja terfikir
tentang perubahan yg harus berlaku pd diri
dan juga pd kehidupan nie
setiap manusia pasti byk melakukan kesalahan
bahkan kita sbg org Islam juga
bukan saja kesalahan pd manusia
tp kesalahan pd Allah
Tuhan yg menciptakan kita
namun sejauh mana kita sedar
akan kesalahn tu..wallahualam

Ank muda masa kini
kian lama kian hanyut
dgn arus kehidupan yg hanya sementara
semakin cerdik pandai ank muda kita
semakin hanyut kita dgn kepandaian itu
bahkan kita semakin lama semakin berani
berani dgn semua hukum Tuhan
kita sudah lupa dgn siapa kita harus berurusan
kita lupa dgn siapa kita harus meminta
namun semua nie bkn kesalahan mereka semata
yg pasti kesalahan yg harus dpikul
oleh pemimpin2 kita
mereka yg memulakan semuanya
namun perubahan itu perlu bermula dgn diri kita
betul atau tidak..terserah pd diri untuk menilai

Diri sendiri byk melakukan dosa
tanpa sedari umur kian meningkat
dan Alhamdulillah..masih lg dberi peluang
dah lama nk berubah
tp masih lg mcm tu
tp Allah maha kuasa
dgn niat yg betul
kita pasti boleh berubah
lambat atau cepat itu urusan Dia
asalkan kita berusaha dan yakin
pasti diberi petunjuk dan hidayah
bukan niat untuk membangga diri
hanya untuk berkongsi
mudah2an kita sama2 berubah
walau sekecil mana pon perubah itu
tidak mengapa
lama2 nnt byk la yg berubah
yang sshnya untuk memulakan perubaha itu
namun selepas berlaku perubah
kita akan tenang dgn kehidupan nie
percayalah..

Kepada semua
fikirlah dgn bersungguh2
apakah cukup dgn semua yg ada
atau masih lopong di sana sini
waktu kian singkat
namun masih panjang untuk berubah
selagi kita masih bernafas
selagi itu kita dberi peluang
tidakkah kita sedar akan kebesaran itu
lakukanlah sesuatu sebelum terlambat
tidak perlu kesengsaraan sbg titik mula
kesenangan juga titik permulaan
dah jd sesuatu baru nk sedar
sampai bila kita nk bawa sikap nie?
jgn bawa kesalahan generasi masa lalu
untuk generasi masa depan
jgn biarkan kain putih itu
dcorak sama dgn corak kita
biarlah corak baru yg cantik
dan berlandaskan jln yg lurus
dan diredhai-Nya
Wallahualam..

Bicara hati & minda

Salam pertemuan buat semua. Bicara hati dan minda adalah pandangan hati dan terjemahan minda pada aspek2 perbicaraan yang difikirkan perlu dan menarik untuk kupasan. Hati dan minda adalah 2 perkara yang berbeza yang wujud dalam diri kita sebagai manusia. Dan ianya kadang2 berjalan seiringan dan kadang kala ianya dipengaruhi sesama sendiri. Namun batasan yang ada banyak menceritakan kelebihan hati berbanding minda namun harus diingatkan juga ttg kewarasan minda berbanding hati. Kadang kala kita kuat dengan pegangan hati dan kadang kala kita teguh dengat kepercayaan minda. Kuasa minda dan hati boleh menjadi seteru andai kita menggunakan minda untuk berfikir yang menzahirkan dengan hati untuk menilai. Sejauh mana kebergantungan hati dan minda terletak pada diri kita sendiri. Sebagaimana kita menggunakan kedua-duanya sebaik mungkin, hati dan minda mampu membentuk peribadi sejati. Oleh itu, pergunakanlah sebaik mungkin anugerah hati dan minda demi kemaslahatan bersama.