Mutiara Hati

Tidak semua orang disekeliling kita akan menyukai kita..Begitu juga tidak semua orang disekeliling kita akan kita suka..Adilkan Tuhan??

Friday, January 29, 2010

Bicara hati & minda

Salam pertemuan buat semua. Bicara hati dan minda adalah pandangan hati dan terjemahan minda pada aspek2 perbicaraan yang difikirkan perlu dan menarik untuk kupasan. Hati dan minda adalah 2 perkara yang berbeza yang wujud dalam diri kita sebagai manusia. Dan ianya kadang2 berjalan seiringan dan kadang kala ianya dipengaruhi sesama sendiri. Namun batasan yang ada banyak menceritakan kelebihan hati berbanding minda namun harus diingatkan juga ttg kewarasan minda berbanding hati. Kadang kala kita kuat dengan pegangan hati dan kadang kala kita teguh dengat kepercayaan minda. Kuasa minda dan hati boleh menjadi seteru andai kita menggunakan minda untuk berfikir yang menzahirkan dengan hati untuk menilai. Sejauh mana kebergantungan hati dan minda terletak pada diri kita sendiri. Sebagaimana kita menggunakan kedua-duanya sebaik mungkin, hati dan minda mampu membentuk peribadi sejati. Oleh itu, pergunakanlah sebaik mungkin anugerah hati dan minda demi kemaslahatan bersama.

No comments:

Post a Comment