Mutiara Hati

Tidak semua orang disekeliling kita akan menyukai kita..Begitu juga tidak semua orang disekeliling kita akan kita suka..Adilkan Tuhan??

Saturday, January 30, 2010

MPP : KUASA POLITIK ATAU WADAH PERJUANGAN

Sebagaimana kita ketahui, MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar adalah pendokong suara mahasiswa untuk dibawa ke pihak atasan. Namun sejauh mana keberkesanan MPP setelah pemimpin silih berganti menerajui tampuk pimpinan MPP. Namun apa yang ingin dibangkitkan disini, apakah MPP itu bertindak sebagai ‘kuasa politik mahasiswa’ atau ‘wadah perjuangan mahasiswa’? Dijelaskan disini, kuasa politik mahasiswa berlaku apabila wujudnya dua kuasa yang berlainan di dalam pemerintahan MPP seperti pro-Mahasiswa (proM) dan pro-Aspirasi (proA). Apa yang dibimbangi ialah ketidaksepahaman kedua-dua kuasa ini bagi menerajui politik mahasiswa. Sebaliknya, wadah perjuangan mahasiswa pula tidak membangkitkan perbezaan kuasa pemerintahan kerana masing2 MPP bertindak sebagai individu namun sebulat suara untuk memperjuangkan suara mahasiswa.
Bagi sesetengah universiti elite di Malaysia memilih kuasa politik lantaran tempias politik Malaysia yang dibawa ke dalam pemerintahan MPP. Apa yang terjadi ialah masalah akan timbul apabila sesuatu perkara ditimbulkan tidak mendapat persefahaman daripada kedua-dua pihak. Keadaan ini menyukarkan lagi suara mahasiswa itu untuk diperjuangkan. Sebaliknya, apabila ahli MPP itu bertindak sebagai individu dan tidak mewakili mana2 kuasa, persefahaman akan lebih mudah terbentuk dan suara mahasiswa itu akan lebih mudah dibawa ke pihak atasan. Apa yang pasti, terpulang pada mahasiswa untuk membentuk dan menilai sejauh mana keberkesanan kedua-dua cara pimpinan ini untuk diterajui.

No comments:

Post a Comment