Mutiara Hati

Tidak semua orang disekeliling kita akan menyukai kita..Begitu juga tidak semua orang disekeliling kita akan kita suka..Adilkan Tuhan??

Saturday, January 30, 2010

MPP : KUASA POLITIK ATAU WADAH PERJUANGAN

Sebagaimana kita ketahui, MPP atau Majlis Perwakilan Pelajar adalah pendokong suara mahasiswa untuk dibawa ke pihak atasan. Namun sejauh mana keberkesanan MPP setelah pemimpin silih berganti menerajui tampuk pimpinan MPP. Namun apa yang ingin dibangkitkan disini, apakah MPP itu bertindak sebagai ‘kuasa politik mahasiswa’ atau ‘wadah perjuangan mahasiswa’? Dijelaskan disini, kuasa politik mahasiswa berlaku apabila wujudnya dua kuasa yang berlainan di dalam pemerintahan MPP seperti pro-Mahasiswa (proM) dan pro-Aspirasi (proA). Apa yang dibimbangi ialah ketidaksepahaman kedua-dua kuasa ini bagi menerajui politik mahasiswa. Sebaliknya, wadah perjuangan mahasiswa pula tidak membangkitkan perbezaan kuasa pemerintahan kerana masing2 MPP bertindak sebagai individu namun sebulat suara untuk memperjuangkan suara mahasiswa.
Bagi sesetengah universiti elite di Malaysia memilih kuasa politik lantaran tempias politik Malaysia yang dibawa ke dalam pemerintahan MPP. Apa yang terjadi ialah masalah akan timbul apabila sesuatu perkara ditimbulkan tidak mendapat persefahaman daripada kedua-dua pihak. Keadaan ini menyukarkan lagi suara mahasiswa itu untuk diperjuangkan. Sebaliknya, apabila ahli MPP itu bertindak sebagai individu dan tidak mewakili mana2 kuasa, persefahaman akan lebih mudah terbentuk dan suara mahasiswa itu akan lebih mudah dibawa ke pihak atasan. Apa yang pasti, terpulang pada mahasiswa untuk membentuk dan menilai sejauh mana keberkesanan kedua-dua cara pimpinan ini untuk diterajui.

Friday, January 29, 2010

Siksakah sebuah perubahan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..hari ni bernafas lagi
masih ada kesempatan untuk menulis

baru saja terfikir
tentang perubahan yg harus berlaku pd diri
dan juga pd kehidupan nie
setiap manusia pasti byk melakukan kesalahan
bahkan kita sbg org Islam juga
bukan saja kesalahan pd manusia
tp kesalahan pd Allah
Tuhan yg menciptakan kita
namun sejauh mana kita sedar
akan kesalahn tu..wallahualam

Ank muda masa kini
kian lama kian hanyut
dgn arus kehidupan yg hanya sementara
semakin cerdik pandai ank muda kita
semakin hanyut kita dgn kepandaian itu
bahkan kita semakin lama semakin berani
berani dgn semua hukum Tuhan
kita sudah lupa dgn siapa kita harus berurusan
kita lupa dgn siapa kita harus meminta
namun semua nie bkn kesalahan mereka semata
yg pasti kesalahan yg harus dpikul
oleh pemimpin2 kita
mereka yg memulakan semuanya
namun perubahan itu perlu bermula dgn diri kita
betul atau tidak..terserah pd diri untuk menilai

Diri sendiri byk melakukan dosa
tanpa sedari umur kian meningkat
dan Alhamdulillah..masih lg dberi peluang
dah lama nk berubah
tp masih lg mcm tu
tp Allah maha kuasa
dgn niat yg betul
kita pasti boleh berubah
lambat atau cepat itu urusan Dia
asalkan kita berusaha dan yakin
pasti diberi petunjuk dan hidayah
bukan niat untuk membangga diri
hanya untuk berkongsi
mudah2an kita sama2 berubah
walau sekecil mana pon perubah itu
tidak mengapa
lama2 nnt byk la yg berubah
yang sshnya untuk memulakan perubaha itu
namun selepas berlaku perubah
kita akan tenang dgn kehidupan nie
percayalah..

Kepada semua
fikirlah dgn bersungguh2
apakah cukup dgn semua yg ada
atau masih lopong di sana sini
waktu kian singkat
namun masih panjang untuk berubah
selagi kita masih bernafas
selagi itu kita dberi peluang
tidakkah kita sedar akan kebesaran itu
lakukanlah sesuatu sebelum terlambat
tidak perlu kesengsaraan sbg titik mula
kesenangan juga titik permulaan
dah jd sesuatu baru nk sedar
sampai bila kita nk bawa sikap nie?
jgn bawa kesalahan generasi masa lalu
untuk generasi masa depan
jgn biarkan kain putih itu
dcorak sama dgn corak kita
biarlah corak baru yg cantik
dan berlandaskan jln yg lurus
dan diredhai-Nya
Wallahualam..

Bicara hati & minda

Salam pertemuan buat semua. Bicara hati dan minda adalah pandangan hati dan terjemahan minda pada aspek2 perbicaraan yang difikirkan perlu dan menarik untuk kupasan. Hati dan minda adalah 2 perkara yang berbeza yang wujud dalam diri kita sebagai manusia. Dan ianya kadang2 berjalan seiringan dan kadang kala ianya dipengaruhi sesama sendiri. Namun batasan yang ada banyak menceritakan kelebihan hati berbanding minda namun harus diingatkan juga ttg kewarasan minda berbanding hati. Kadang kala kita kuat dengan pegangan hati dan kadang kala kita teguh dengat kepercayaan minda. Kuasa minda dan hati boleh menjadi seteru andai kita menggunakan minda untuk berfikir yang menzahirkan dengan hati untuk menilai. Sejauh mana kebergantungan hati dan minda terletak pada diri kita sendiri. Sebagaimana kita menggunakan kedua-duanya sebaik mungkin, hati dan minda mampu membentuk peribadi sejati. Oleh itu, pergunakanlah sebaik mungkin anugerah hati dan minda demi kemaslahatan bersama.